Pengecut.

Ya, AKU TEWAS
Tewas menjalani hidup
Aku rapuh, aku jatuh
Mencium tanah bumi
Yang menanti aku untuk kembali.


Ya, AKU PENGECUT
Boneka yang hidup
Aku menari mengikut rentak
Berhenti mengikut kehendak.


Aku kandas, aku terbengkalai
Hidup aku padam, mata aku pejam
Aku tersungkur.


Dalam diam aku hancur
Biarkan peneroka mengaut laba deteksi mereka
Meragut hidup si mati dgn rakus
Meratah hati yang mukhlis
Dan aku hanya mampu menjenguk
Kerana aku seorang pengecut.


S.Hermizar, 020312.

No comments:

Copyright © Sarah Hermizar. Designed by Hernyzar Helmizan